Thursday, July 3, 2014

KETETAPAN ALLAH SWT

Tiada siapa tahu apa akan terjadi di masa akan datang..tiada siapa tahu apa yang akan dilalui di hadapan..segala-galanya adalah rahsia Allah s.w.t. Sungguh ajaib. Rahmat dan hidayah Allah s.w.t. amat menakjubkan..siapa yang mendapatnya pasti tidak mahu melepaskannya..segalanya berjalan dengan pantas..sedetik hati dipaling..tidak perlu meminta izin pun dari jasadnya. bermakna diri ini bukan kepunyaan diri sendiri..ianya milik ilahi..diri sendiri tiada kuasa atas diri sendiri..subhanallah..

Segala-galanya dilalui dengan tenang. Allah sentiasa ada..di mana-mana. Yakin itu..yakin...Yakin..tenang walau tanpa teman..tenang walau tanpa kawan..bersendirian amat tenang..barulah tahu erti ,bersendirian adalah terbaik,. Hati terasa dimiliki satu kuasa..kuasa yang tiada tandingannya..bila telah dekat dengannya..bila telah dipegang olehnya..hati dan jiwa meronta-ronta untuk mensyukurinya..di manakah perasaan itu 10 tahun yang lalu..20 tahun yang lalu..tercari-cari..lepas satu satu dosa dan noda dilalui..masih tidak hadir perasaan itu..alhamdulillah..jawapan telah diterima. Kasih telah tersemai..amat bersyukur..alhamdulillah..inshaallah..

No comments: